Sunday, May 4, 2008

isteri dan suami

sesungguhnya,

cinta-ilah satu antara lain kerana Allah
air mata menitis, hati terluka ditikam keris
hati sesama suka, minda berlainan aneka
hidup berdua selama, berpisah kemudian....

kebenaran cinta dibantai kecewa
air mata dibagaikan mutiara cinta,
apakah itu hakikat cintamu?

adinda isteriku, siapa yang tak pernah nangis?
di penghujung senyum dan ketawa...
ikatan kita berdua,
moga kekal hingga ke akhir hayat...

abangda suamiku, siapa yang tak pernah pasrah?
perjuangan hidup kita tak terhenti-henti
air mata tiada maknanya
sehingga pipiku dikesat dengan kasih sayang-mu...

si isteri, jgn lah anggap kesabaran suami mu sebagai suatu kelemahan,
akan tidak, suami bisa melarikan diri,
meninggalkan mu selama-lamanya....

saudara dan saudari dalam islam,
perceraian itu bukan satu jalan yang menyelesaikan masalah...
jika kamu sering bergaduh, bagaimana pula si anak yang tidak bersalah?

jgnlah bergaduh di depan si anak mu,
bermesra selalu,
si isteri, tuang lah segelas air untok si suami mu
si suami jika pulang awal, tuangkan lah segelas air untok isterimu yg pulang letih dari kerjanya....

cinta itu ber-revolusi
cinta zaman muda serta cinta pada usia tua
jauh berbeza tapi hakikat nya tetap sama....

carilah ketenangan di dalam diri sendiri,
tegurlah la iman di dalam hatimu,
dunia ini adalah persinggahan,
akhirat kelak kita kekal abadi...

segala puji bagi Nabi kita s.a.w. serta sahabat dan keluarga baginda...dan segala puji bagi Allah sekian alam....

No comments: