Wednesday, June 18, 2008

adulthood.......

holla everyone!!!

k i try eh..ahem..hehe..

hari telahpun berakhir,
malam pun menjelma...
hatiku berat,kakiku letih,
dompetku dihias dengan 4 dolar saja...


aku pun berjalan kaki pulang,
tidak kira sakit mahupun letih,
biarlah aku sengsara,
asalkan aku sempat memberi 4 dolar itunya belanja di sekolah kelak...


walaupun masakini sudahpun bermodenan,
ada jugak seorang ayah yang berkorban...
dicicah,dihina di rumah, dipermainkan di kerja,
malah hati seorang ayah itu tetap tabah....
tabah kerana anaknya...


hari telahpun berakhir,
malam pun menjelma...
hatiku berat,kakiku letih,
dompetku dihias dengan 4 dolar saja...


biarpun cerita ini tidak begitu manfaat kepada khalayak ramai,
tapi inilah hakikat seorang ayah,
yg penuh berkorban,
tanpa kasih sayang si isteri,
tanpa bimbingan ayah ibunya,
beliau keseorangan diri....


pernah berkali-kali ingin beliau melarikan diri,
tapi wajah-wajah anaknya menangguh hajatnya...


si anak pula, penuh dengan kesengsaraan dan kesedihan,
air mata berlinang di pipinya ketika melihat kapal terbang yang dinaikki ayahnya
bertolak dan pupus di awan-awan yang tebal...


meninggalkan anaknya yang penuh mengharapkan bimbingan seseorang ayahanda,
ibunda?


bagai sampan yang dinaikki orang tanpa dayung-nya,
tanpa tujuan, sampan itupun mengikut aras sungai....
dipukul,dirembat,dicela hampir pupus dibuatnya...


akhirnya,
hmmmm.........
entahlah.......

No comments: